KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.
Kontrak April 2026 dan September 2026 masing-masing menambah 3.5 mata kepada 1,682.5 dan 1,665.5, manakala Mei 2026 meningkat 3.0 mata kepada 1,686.5 dan Jun 2026 menokok 4.5 mata kepada 1,687.0.
Jumlah dagangan menurun kepada 5,919 lot daripada 7,521 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 38,759 kontrak daripada 40,085 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 5.07 mata atau 0.30 peratus kepada 1,691.31 daripada 1,686.24 ketika ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA