SUKAN

Liga Super: Kelantan TRW Tewas 0-2 Di Laman Sendiri

11/04/2026 12:35 AM

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kuala Lumpur (KL) City FC menewaskan Kelantan The Real Warriors (TRW) dengan jaringan 2-0, sekali gus mengutip tiga mata penuh dalam satu-satunya perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini. 

Skuad The City Boys memperoleh gol pertama menerusi Safawi Rasid pada minit ke-20. 

Tuan rumah kemudian meraih peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Azwan Aripin pada minit ke-41, namun cubaan tersebut digagalkan penjaga gol KL City Julian Kammeraad.

Pasukan pelawat kemudian menggandakan kedudukan menerusi pemain import Kpah Sherman pada minit ke-53 yang menanduk bola hantaran lintang rakan sepasukan dan keputusan kekal 2-0 sehingga ke wisel penamat.

Keputusan itu menyaksikan kedudukan KL City melonjak ke tangga ketiga carta Liga Super dengan 42 mata manakala Kelantan di tangga ketiga tercorot dengan 15 mata.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2543570