KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada Isnin.
Pada 9.24 pagi, kontrak April 2026 menurun 7.5 mata kepada 1,678.0, Mei 2026 dan Jun 2026, masing-masing merosot 7.0 mata kepada 1,679.50 dan 1,680.0 manakala September 2026 berkurangan 3.5 mata kepada 1,662.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,709 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,442 kontrak.
Selepas 42 minit dagangan, FBM KLCI menurun 14.27 mata kepada 1,677.24 daripada 1,691.31 pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA