KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi pasaran tunai.
Kontrak April 2026 susut 0.5 mata kepada 1,685.0, Mei 2026 menyusut 1.0 mata kepada 1,685.50, Jun 2026 rendah 2.0 mata kepada 1,685.0 dan September 2026 tidak berubah pada 1,665.50.
Jumlah dagangan meningkat kepada 7,293 lot daripada 5,919 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka menokok kepada 40,125 kontrak daripada 38,759 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI rendah 10.79 mata atau 0.64 peratus kepada 1,680.52 daripada 1,691.31 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA