PASARAN

Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari Susulan Belian Saham Wajaran Tinggi

24/04/2026 01:58 PM

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat dengan lebih tinggi, dipacu oleh minat belian berterusan dalam saham wajaran tinggi, terutama sektor produk perindustrian, utiliti dan perbankan.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.61 mata kepada 1,722.31 berbanding paras 1,721.70, semalam.

Indeks penanda aras itu yang dibuka menokok 1.55 mata pada 1,723.25, didagangkan dalam julat 1,719.73 hingga 1,724.30 sepanjang sesi pagi.

Sentimen pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 494 berbanding 484 manakala 570 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,200 tidak didagangkan manakala 49 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.83 bilion unit bernilai RM1.42 bilion. 

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM11.18, Public Bank turun dua sen kepada RM4.82, Tenaga Nasional naik enam sen kepada RM14.66, CIMB Group menambah tiga sen kepada RM7.81, IHH Healthcare berkurangan lima sen kepada RM8.80 manakala Press Metal Aluminium meraih 27 sen kepada RM8.34.

Kaunter paling aktif menyaksikan VS Industry meningkat satu sen kepada 21.5 sen, Zetrix AI susut setengah sen kepada 86 sen, Mega Fortris turun empat sen kepada RM1.25, AMS Advanced Material meraih 3.5 sen kepada 34 sen manakala Capital A tidak berubah pada 44.5 sen.

Selain itu, kaunter paling untung didahului Malaysian Pacific Industries yang melonjak RM1.94 kepada RM38.28, Nestle meningkat 94 sen kepada RM98.94, Vitrox Corporation menokok 52 sen kepada RM5.50, UMS Integration naik 43 sen kepada RM6.64 dan Kelington Group menokok 30 sen kepada RM6.28.

Bagi kaunter paling rugi, Allianz Malaysia turun 36 sen kepada RM20.92, Chin Teck Plantations berkurangan 30 sen kepada RM10.80, United Plantations rugi 28 sen kepada RM32.30, Dutch Lady Milk Industries kehilangan 26 sen kepada RM32.60 manakala Fraser & Neave Holdings merosot 22 sen kepada RM30.48.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas menokok 16.54 mata kepada 12,722.70, Indeks FBMT 100 naik 14.59 mata kepada 12,561.52, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 32.61 mata kepada 12,597.97, Indeks FBM 70 melonjak 64.70 mata kepada 18,080.95 dan Indeks FBM ACE meraih 1.09 mata kepada 4,636.76.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 35.00 mata kepada 20,247.23, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 2.42 mata kepada 192.38, Indeks Tenaga turun 0.28 mata kepada 827.81 manakala Indeks Perladangan merosot 41.81 mata kepada 8,838.71.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2548802