DUNIA

Setiausaha Agung PBB Alu-alukan Lanjutan Gencatan Senjata Israel-Lubnan, Gesa Pematuhan

25/04/2026 09:13 AM

WASHINGTON, 25 April (Bernama-Anadolu) -- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyambut baik lanjutan gencatan senjata sementara antara Israel dan Lubnan, sambil menggesa semua pihak menghormati sepenuhnya perjanjian itu dan menghentikan keganasan lanjut, kata jurucakapnya pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.

Guterres “menyambut baik pengumuman semalam mengenai lanjutan tiga minggu pemberhentian permusuhan,  aturan yang dipersetujui oleh kerajaan Lubnan dan Israel,” kata Stephane Dujarric kepada pemberita.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan bahawa gencatan senjata antara Israel dan Lubnan dilanjutkan selama tiga minggu susulan rundingan peringkat duta di Rumah Putih.

Dujarric berkata Guterres “menggesa semua pihak menghormati sepenuhnya pemberhentian permusuhan itu dan menghentikan serangan lanjut.”

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2549128