KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin didorong oleh minat baharu apabila Malaysia dilihat mendapat manfaat daripada peningkatan pelaburan dalam pusat data berikutan reputasinya sebagai hab yang strategik dan selamat.
Ini turut didorong oleh prestasi pendapatan syarikat gergasi cip Amerika Syarikat (AS), Intel Corp yang lebih kukuh daripada jangkaan.
Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.33 mata kepada 1,724.67 daripada 1,720.34 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini, walaupun rundingan AS-Iran yang dirancang di Pakistan dijangka tidak diteruskan, Malaysia kekal pada kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada peningkatan pelaburan dalam pusat data.
“Trend ini dijangka menarik lebih banyak penyedia perkhidmatan awan (CSP) yang besar yang menawarkan perkhidmatan pengkomputeran, storan dan pengurusan data berprestasi tinggi kepada perusahaan.
“Ini amat jelas apabila prestasi pendapatan Intel yang mengatasi prestasi baru-baru ini,” menurutnya.
Indeks petunjuk pasaran memulakan sesi dagangan dengan meningkat 4.13 mata kepada 1,724.47.
Pasaran secara menyeluruh positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 368 berbanding 295 manakala 407 kaunter tidak berubah, 1,678 tidak diniagakan dan 67 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 613.13 juta unit bernilai RM303.71 juta.
Rakuten Trade Sdn Bhd dalam nota penyelidikan memaklumkan pihaknya menjangka pembelian saham akan berterusan di bursa tempatan dan mengunjurkan indeks diniagakan dalam julat 1,715 hingga 1,730 hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing meningkat dua sen kepada RM11.18 dan RM4.83, Tenaga Nasional menurun empat sen kepada RM14.62, CIMB mendatar pada RM7.80 dan IHH Healthcare berkurangan tiga sen kepada RM8.79.
Dalam senarai paling aktif, Luster Industries naik 1.5 sen kepada 5.5 sen, VS Industry mendatar pada 22.5 sen, Jentayu Sustainable menambah setengah sen kepada 29.5 sen, AMS Advanced meningkat 3.5 sen kepada 38 sen dan Velesto menokok setengah sen kepada 32.5 sen.
Kaunter paling untung termasuklah Nestle menambah RM1.80 kepada RM101.10, Malaysian Pacific Industries melonjak RM1.06 kepada RM38.90, Telekom Malaysia meningkat 32 sen kepada RM7.42 dan Press Metal menokok 29 sen kepada RM8.71.
Kaunter paling rugi ialah United Plantations merosot 14 sen kepada RM32.18, Chin Teck Plantations berkurangan 12 sen kepada RM10.68, Padini menurun lapan sen kepada RM1.47 dan Sarawak Oil Palms menyusut enam sen kepada RM4.69.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 75.59 mata kepada 12,791.31, Indeks FBMT 100 naik 77.97 mata kepada 12,627.27, Indeks FBM Emas Shariah menokok 98.47 mata kepada 12,685.08, Indeks FBM 70 melonjak 115.20 mata kepada 18,187.63, bagaimanapun Indeks FBM ACE menurun 4.44 mata kepada 4,647.88.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 32.19 mata kepada 20,254.94, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 2.90 mata kepada 195.26, Indeks Tenaga naik 3.56 mata kepada 833.87 dan Indeks Perladangan menokok 36.98 mata kepada 8,8852.24.
-- BERNAMA