KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi kukuh niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).
Pada penutupan dagangan, April 2026 meningkat kepada AS$4,625.80 setiap auns troy daripada US$4,576.50 semalam manakala Mei 2026 naik kepada US$4,659.50 setiap auns troy daripada US$4,600.40.
Jun 2026, Julai 2026 dan Ogos 2026 masing-masing turut ditutup tinggi kepada US$4,670.20 setiap auns troy daripada US$4,612.40 pada Rabu.
Jumlah dagangan meningkat kepada 28 lot daripada 12 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 97 kontrak daripada 74 kontrak.
Emas fizikal berada pada US$4,564.90 setiap auns troy ketika penetapan pada sebelah petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 28 April, 2026.
-- BERNAMA