AM

Ribut Petir, Hujan Lebat Dijangka Di Enam Negeri Dan WP Labuan Hingga 1 Pagi - MetMalaysia

04/05/2026 11:09 PM

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga 1 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan di Pulau Pinang, kawasan terlibat  ialah Barat Daya dan Timur Laut, manakala di Perak kawasan dijangka terjejas ialah Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim.

Bagi Terengganu kawasan terlibat ialah Kuala Nerus dan Kemaman, manakala Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Kuantan.

Di Sarawak, kawasan dijangka terjejas ialah Sri Aman (Lubok Antu), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit, Bintulu (Tatau), Miri (Subis dan Miri) serta Limbang.

Di Sabah pula, amaran melibatkan kawasan Pedalaman iaitu Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau serta Pantai Barat (Papar).

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2552808