AM

MCMC Seru Rakyat Sokong Projek Yang Tercalon Pada anugerah WSIS 2026

07/05/2026 12:04 PM

PUTRAJAYA, 7 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyeru rakyat Malaysia supaya menyokong inovasi teknologi negara serta usaha pembangunan inklusif dengan mengundi projek Malaysia yang dicalonkan pada Anugerah Sidang Kemuncak Sedunia mengenai Masyarakat Berasaskan Maklumat (WSIS) 2026.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan 10 projek diterajui Malaysia yang disokong oleh MCMC telah disenarai pendek dalam pelbagai kategori pada sidang kemuncak anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

Projek yang tersenarai itu merangkumi bidang utama termasuk tadbir urus digital, keselamatan dalam talian, inovasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), teknologi pertanian serta pemerkasaan komuniti.

Antara projek yang dicalonkan ialah Platform Pembangunan Rangka Kerja dan Kapasiti Kemahiran ASEAN 5G Skills; Pelan Pemulihan Komunikasi dan Infrastruktur (CIDR;Tadbir Urus Digital Berpaksikan mausia Melalui Pelan Lima Tahun MCMC 2030, serta AgriNXT: Bahagian  Oil Palm Chapter (OPC).

Turut tersenarai ialah AGRINXT Northern Chapter MCMC: Memperkasa Penternak Ternakan Malaysia Dengan Anggaran Berat Lembu Berasaskan AI, dan AGRINXT Northern Chapter MCMC: Memperkasa Pesawah menerusi Pengesanan Penyakit Padi Berasaskan AI.

Portal Sebenarnya.my; Kempen Internet Selamat; Pengawasan Sisa Elektronik Melalui Kerjasama Komuniti untuk Tindakan Peredaran Bertanggungjawab; serta Memperkasakan komuniti bagi penerimagunaan AI yang sihat dan beretika melalui program Microsoft AI TEACH MCMC MCMC Microsoft AI TEACH program turut tersenarai dalam pencalonan itu. 

Selaras dengan tema WSIS tahun ini, iaitu memanfaatkan ICT bagi mempercepat pembangunan mampan dan membina masa depan digital yang inklusif, penyertaan Malaysia mencerminkan komitmen berterusan negara dalam memanfaatkan teknologi untuk kemajuan, ketahanan dan kemakmuran bersama.

“Tahun ini, Malaysia terus memainkan peranan sebagai Rakan Strategik Platinum, yang menyumbang secara berterusan dalam dialog global mengenai inovasi teknologi serta mengukuhkan kemunculan Asia Tenggara sebagai hab dinamik inovasi digital.

“Usaha ini menunjukkan pendekatan holistik Malaysia dalam memanfaatkan teknologi bagi pembangunan negara, daripada memperkukuh ketahanan dan tadbir urus digital sehingga memperkasakan komuniti serta menggalakkan tingkah laku dalam talian yang bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC, Anugerah WSIS ialah platform global bagi mengiktiraf projek berasaskan ICT yang cemerlang dalam menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Undian orang ramai memainkan peranan penting dalam menentukan pemenang, sekali gus menjadikan setiap undi sebagai peluang untuk mengetengahkan inovasi dan impak Malaysia pada peringkat global.

“Malaysia’s participation in WSIS Prizes 2026 reflects the nation’s growing role in advancing inclusive, sustainable and responsible digital development,” the statement added.

“Penyertaan Malaysia dalam Anugerah WSIS 2026 mencerminkan peranan negara yang semakin berkembang dalam memajukan pembangunan digital yang inklusif, mampan dan bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.

MCMC menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk menyokong inisiatif ini dengan mengundi melalui platform rasmi Anugerah WSIS di https://www.itu.int/net4/wsis/stocktaking/Prizes/Prizes/.

“Melalui usaha kolektif ini, Malaysia mengukuhkan kepimpinan dalam inovasi teknologi yang bertanggungjawab, sekali gus menetapkan hala tuju ke arah masa depan digital yang selamat, inklusif dan dipercayai serta mempamerkan impak negara pada pentas global,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2553894