KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$129.7 bilion pada 30 April, 2026.
Menurut BNM dalam satu kenyataan dikeluarkan memaklumkan bahawa paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan dan merupakan 0.9 kali ganda jumlah hutang luar jangka pendek.
Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (US$113.8 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$5.4 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).
Jumlah aset berjumlah RM615.55 bilion, terdiri kebanyakannya daripada emas dan aset kewangan asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM523.69 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.10 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.92 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM340.61 juta), hartanah dan peralatan (4.55 bilion) dan aset lain (RM44.95 bilion).
Dari segi liabiliti, mata wang dalam edaran berjumlah RM184.20 bilion, manakala deposit oleh institusi kewangan sebanyak RM124.98 bilion, Kerajaan Persekutuan (RM4.10 bilion) dan lain-lain (RM70.51 bilion).
Modal bank pusat berjumlah RM100 juta, dengan rizab sebanyak RM194.26 bilion, selain kertas BNM (RM7.58 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM26.38 bilion) dan liabiliti lain (RM3.43 bilion).
-- BERNAMA