BEIJING, 14 Mei (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mengundang Presiden China Xi Jinping dan isterinya untuk melawat Rumah Putih pada 24 Sept, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Terima kasih sekali lagi, Presiden Xi, atas sambutan yang begitu indah ini, dan malam ini menjadi penghormatan bagi saya untuk menyampaikan undangan kepada anda dan pasangan anda melawat kami di Rumah Putih pada 24 Sept ini dan kami menantikannya,” kata Trump semasa satu majlis resepsi di Beijing.
Trump turut menyifatkan hubungan antara AS dan China sebagai sangat istimewa serta menyampaikan ucapan selamat bagi meraikan hubungan erat antara rakyat kedua-dua negara.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI