KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi kelemahan dalam pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS).
Pada penutupan, kontrak bulan semerta Mei 2026 jatuh kepada US$4,490.30 setiap auns troy daripada US$4,557.80 setiap auns troy pada hari Selasa dan kontrak Jun 2026 susut kepada US$4,507.30 setiap auns troy daripada US$4,574.80.
Kontrak Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 semuanya diselesaikan lebih rendah pada US$4,521.30 setiap troy auns berbanding US$4,588.80 setiap auns troy yang disaksikan semalam.
Jumlah dagangan meningkat kepada 45 lot daripada 19 lot, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 120 kontrak berbanding 93 kontrak sebelum ini.
Berdasarkan penetapan tengah hari 18 Mei 2026 London Bullion Market Association, emas fizikal berada pada US$4,496.70 setiap auns troy.
-- BERNAMA