KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini dipacu oleh permintaan terhadap aset selamat meskipun pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) mencatatkan prestasi yang lebih lemah.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2026 meningkat kepada US$4,549.80 setiap auns troy daripada US$4,490.30 setiap auns troy pada Rabu manakala kontrak Jun 2026 menokok kepada US$4,566.80 setiap auns troy daripada US$4,507.30 setiap auns troy.
Kontrak Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 masing-masing ditutup lebih tinggi iaitu pada US$4,581.10 setiap auns troy daripada US$4,521.30 setiap auns troy semalam.
Jumlah dagangan merosot kepada 27 lot daripada 45 lot semalam manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 104 kontrak daripada 120 kontrak sebelumnya.
Emas fizikal ditetapkan pada US$4,482.85 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 20 Mei, 2026.
-- BERNAMA