Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin (lima, kiri) bersama Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai (enam, kiri) meraikan Sambutan Ulang Tahun Bernama ke-59 di Wisma Bernama.
Turut hadir, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj (enam,kanan), Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Bernama Mohd Shukri Ishak (lima, kanan), Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama Harlina Samson (empat, kanan), Ketua Perkhidmatan Pengurusan dan Kewangan Bernama Sharifah Zaini Syed Zain (empat, kiri) dan Ketua Komersial Mastura Hassan (tiga, kiri).
Sambutan hari ini diserikan dengan acara memotong kek selain sesi bergambar bersama warga kerja Bernama. Sebanyak lapan kek, satu pulut kuning dan kira-kira 700 kek cawan disediakan sempena sambutan itu yang dihadiri petugas daripada pelbagai jabatan.
Usia 59 tahun bukan sahaja menggambarkan perjalanan jauh Bernama sebagai agensi berita nasional, malah kematangan warga kerjanya dalam melaksanakan amanah kewartawanan.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA