JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Lelaki Hilang Dari Maahad Tahfiz

14/06/2026 02:06 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas dipercayai meninggalkan sebuah maahad tahfiz di Ulu Kelang, Ampang, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata kehilangan Muhammad Daniel Azizan Abdullah disedari guru di maahad berkenaan yang kemudiannya menghubungi ibu remaja itu pada  8.15 malam hari kejadian.

Beliau berkata remaja berkenaan berketinggian kira-kira 175 sentimeter, berat 65 kilogram dan berkulit cerah.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nur Alia Dyana Raimi di talian 017-6515201 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya (03-42897222) atau hadir di balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2568362