AM

Tuanku Muhriz Berangkat Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti

05/06/2026 03:59 PM

KUALA PILAH, 5 Jun (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti.

Keberangkatan baginda diiringi kedua-dua anakanda, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin serta Tunku Zain Al-’Abidin.

Solat diimamkan oleh Imam 1 Masjid Kariah Gunung Pasir, Wan Muhammad Saifuddin Wan Salim.

Usai menunaikan solat Jumaat, baginda turut berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama rakyat di Luak Tanah Mengandung.

Kira-kira 500 orang hadir menyertai majlis berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2565067