DUNIA

Liga Arab Kecam Pencerobohan Iran Ke Atas Kuwait, Bahrain Dan Jordan

10/06/2026 09:37 PM

KAHERAH, 10 Jun (Bernama-WAM) -- Liga Negara-Negara Arab mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Iran terhadap Kuwait, Bahrain dan Jordan yang dilancarkan pada Rabu menerusi serangan peluru berpandu balistik dan dron, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, Setiausaha Agung Liga Negara-Negara Arab Ahmed Aboul Gheit melahirkan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Iran ke atas wilayah Arab sebagai bentuk peningkatan ketegangan dalam pertikaiannya dengan negara bukan Arab lain.

Beliau menegaskan bahawa pendekatan sedemikian sama sekali tidak boleh diterima dan mencerminkan cubaan Iran menggugat keselamatan serantau Arab, selain memberi tekanan kepada masyarakat antarabangsa.

Beliau turut menegaskan solidariti penuh organisasi yang berpangkalan di Kaherah itu terhadap Kuwait, Bahrain dan Jordan, selain menggesa pihak berkaitan mempercepat usaha mencapai persetujuan bagi menamatkan krisis yang kini berlarutan selama 100 hari.

-- BERNAMA-WAM

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2567147