AM

TV Alhijrah Bukti Penyiaran Berteraskan Nilai Dan Ilmu, Tetap Istimewa Di Hati Masyarakat - PM

17/06/2026 01:19 PM

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- TV AlHijrah terus membuktikan penyiaran berteraskan nilai, ilmu dan hikmah masih mempunyai tempat istimewa di hati masyarakat meskipun dunia media semakin mencabar dan berubah pantas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook sempena ulang tahun stesen televisyen itu yang ke-16 hari ini, Anwar berharap ulang tahun berkenaan menjadi pemangkin untuk TV AlHijrah terus melangkah maju sebagai wadah pencerahan ummah.

“Semoga ulang tahun ini menjadi pemangkin untuk TV AlHijrah terus melangkah maju sebagai wadah pencerahan ummah, memperkukuh kefahaman Islam yang sederhana, menyemai nilai kemanusiaan serta mendukung cita-cita Malaysia MADANI,” kata beliau. 

TV AlHijrah memulakan siaran percubaan pada 1 Nov 2010 sebelum bersiaran secara rasmi pada 7 Dis tahun yang sama.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2569526