EKONOMI

Ruang Interaksi Penting Dalam Memperkukuh Persefahaman Antara Negara - PM Anwar

18/06/2026 02:03 AM

Daripada Nurul Hanis Izmir

KAZAN, 18 Jun (Bernama) -- Dalam suasana dunia yang terus menghadapi pelbagai cabaran dan ketidaktentuan, ruang interaksi seperti Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia dan hubungan antara negara amat bermakna dalam memperkukuh persefahaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sidang sedemikian juga penting dalam membina kepercayaan serta meneroka kerjasama yang mampu membawa manfaat bersama kepada negara ASEAN dan Rusia.

“Majlis ini bukan sahaja menampilkan persembahan kebudayaan Rusia yang kaya dengan sejarah dan warisan, malah menjadi medan penting untuk mempererat hubungan persahabatan serta bertukar pandangan dengan para pimpinan yang hadir,” kata beliau selepas menghadiri Majlis Makan Malam Gala bersempena dengan Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia oleh Presiden Vladimir Putin, di sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan kini berada di Kazan, ibu kota dan bandar terbesar Tatarstan, Rusia untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia dari 17 hingga 18 Jun.

-- BERNAMA

 

 

KEYWORDS
     
RELATED NEWS
MORE NEWS
© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2569709