PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

18/06/2026 10:19 AM

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Khamis, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai. 

Pada 9.39 pagi, kontrak Jun 2026, Julai 2026 dan Disember 2026, masing-masing meningkat satu mata kepada 1,722.5, 1,723.5 dan 1,703.5 manakala September 2026 naik 1.5 mata kepada 1,703.5.

Jumlah dagangan sebanyak 2,547 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 31,487 kontrak.

Pada 9.59 pagi, petunjuk pasaran meningkat 2.83 mata kepada 1,712.82 daripada 1,709.99 semasa ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2569756