GUADALUPE (Mexico), 21 Jun (Bernama-Kyodo) -- Jepun menewaskan Tunisia 4-0 dalam perlawanan Kumpulan F Piala Dunia di Stadium Monterrey, Mexico pada Sabtu.
Penyerang Jepun, Ayase Ueda menjaringkan dua gol manakala Daichi Kamada turut meledak gol keduanya dalam kejohanan itu untuk membantu Samurai Blue mengekalkan rekod tanpa kalah, lapor Kyodo News.
Keputusan itu menyaksikan Jepun mengumpul empat mata hasil satu kemenangan dan satu keputusan seri selepas dua perlawanan.
-- BERNAMA-KYODO