AM

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Abiy Ahmed Menang Pilihan Raya Ethiopia

22/06/2026 07:30 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Ethiopia Abiy Ahmed Ali dan Parti Prosperity atas kemenangan mereka dalam pilihan raya umum negara itu.

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, Anwar mengimbau kembali lawatannya ke Addis Ababa tahun lepas, lawatan pertama seumpamanya oleh perdana menteri Malaysia, sambil mengingati sambutan mesra yang diterima beliau dan perbincangan penting yang diadakan bersama Abiy.

"Perdana Menteri Abiy dan saya mendapati bahawa kami menilai dan mentafsir persekitaran dengan cara yang hampir sama, dan negara-negara di Selatan Global berpeluang meraih banyak manfaat apabila saling bekerjasama," kata beliau.

Anwar juga menyifatkan Ethiopia sebagai rakan penting dalam penglibatan Malaysia dengan Afrika.

"Banyak yang telah kami mulakan tahun lepas, dan saya berharap dapat meneruskannya bersama-sama," kata beliau.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2571630