PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Meningkat Seiring Prestasi Pasaran Tunai

26/06/2026 07:32 PM

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Kontrak bulan semasa Jun 2026 dan Julai 2026 naik 2.5 mata kepada 1,666.0 dan 1,669.50 manakala September 2026 meraih 2.0 mata kepada 1,650.0 dan Disember 2026 menokok 3.0 mata kepada 1,653.0.

Selain itu, jumlah dagangan meningkat kepada 60,218 lot berbanding 52,319 lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 93,884 kontrak daripada 84,593 kontrak semalam.

Pada 5 petang, FBM KLCI meraih 0.24 peratus atau 3.92 mata kepada 1,667.74 daripada 1,663.82 pada akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA


 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2573458