DUNIA

Dewan Perwakilan AS Lulus Pakej Keselamatan Dalam Talian Kanak-Kanak

30/06/2026 12:36 PM

WASHINGTON, 30 Jun (Bernama-Anadolu) -- Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan satu pakej dwipartian yang menyeluruh mengenai keselamatan kanak-kanak dalam talian pada Isnin, sekali gus menandakan kali pertama Dewan Perwakilan membahaskan isu keselamatan kanak-kanak dalam talian.

Akta Keselamatan Dalam Talian Kanak-kanak diluluskan menerusi undian 267 menyokong berbanding 117 menolak dan kini akan dibawa ke Senat, yang dijangka menjadi halangan besar kepada kelulusannya, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Undang-undang itu akan menetapkan piawaian minimum di peringkat persekutuan bagi keselamatan kanak-kanak dalam talian, di samping membenarkan negeri-negeri menggubal perlindungan yang lebih ketat.

Ia turut mewajibkan chatbot kecerdasan buatan (AI) memaklumkan bahawa ia bukan manusia, mengehadkan penggunaan mesej yang hilang secara automatik oleh kanak-kanak bawah umur serta mewajibkan pengesahan umur bagi pengguna yang mengakses kandungan pornografi, selain beberapa peruntukan lain.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2574800