AM

24 SAMBUNGAN PAIP AIR HARAM DEKAT UMS DIPOTONG - SHAHELMEY

16/06/2024 09:42 PM

KOTA KINABALU, 16 Jun (Bernama) -- Jabatan Air Sabah (JANS) hari ini memotong 24 sambungan paip air haram oleh penghuni setinggan secara terus dari paip utamanya berhampiran Kampung Suang Parai, Sepanggar,  kata Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya.

Malah, beliau yang juga Menteri Kerja Raya negeri menjelaskan sambungan paip haram itu juga merupakan antara punca bekalan air ke takungan utama di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terjejas.

JANS telah menghantar penguat kuasanya untuk membanteras kegiatan itu petang ini dan akan sentiasa memantau keadaan hingga skim vendor (pembekalan air kepada penghuni setinggan) dilaksanakan sepenuhnya di beberapa kawasan yang dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Shahelmey berkata Kementerian Kerja Raya Sabah sedang dalam proses menstabilkan tekanan air bagi memastikan bekalan air stabil di semua kawasan di negeri ini.

-- BERNAMA

 

 

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan