KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang menyaksikan pertukaran 14 dokumen semasa lawatan Li Qiang ke China, yang berakhir hari ini.
Dokumen itu meliputi banyak bidang, menampilkan kerjasama yang ditingkatkan antara dua negara sejak lebih lima dekad yang lepas.
Sebagaimana terkandung dalam Kenyataan Bersama antara Kerajaan China dan Malaysia “Deepening the Comprehensive Strategic Partnership Towards China-Malaysia Community with a Shared Future” yang dikeluarkan hari ini, dokumen itu adalah:
MoU antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China berhubung usaha menggalakkan kerjasama pelaburan dalam pembangunan hijau;
Li tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi tiga hari pada hari Selasa.
Lawatan beliau bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China susulan pemeteraian Penyataan Bersama antara Perdana Menteri Kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein dan Perdana Menteri China ketika itu, Chou En Lai pada 31 Mei, 1974.
China merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 2009. Tahun lepas jumlah perdagangan dengan China bernilai RM450.84 bilion (AS$98.80 bilion), mewakili 17.1 peratus daripada perdagangan global Malaysia.
-- BERNAMA