AM

GEMPA BUMI KUAT 6.8 SKALA RICHTER BERHAMPIRAN PANTAI PERU

28/06/2024 04:06 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter dikesan berlaku berhampiran Pantai Peru pada 1.36 tengah hari tadi. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa itu terletak 15.8 darjah selatan dan 74.4 barat dengan kedalaman 60 kilometer (km) iaitu 234 kilometer tenggara dari Ica, Peru.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan