JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM KESAN DUA LELAKI BAGI DUA KES BERASINGAN

29/06/2024 12:01 PM

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mencari seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan berhubung dua kes berasingan.

Dalam kenyataan pertama, SPRM memaklumkan warga Bangladesh itu gagal hadir ke Mahkamah Sesyen Alor Setar di Kedah untuk kesnya.

Individu itu dikenali sebagai Md Asraful Islam, 38, memegang pasport bernombor EH0365795, beralamat terakhir di G-13, Blok 4, Jalan Mesra 3, Taman Mesra, 13400 Butterworth, Pulau Pinang.

“Individu tersebut  gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Sesyen Alor Setar bagi tujuan pertuduhan kes yang telah ditetapkan dan orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Ramli Abd Hamid di talian 019-2676958 atau e-mel kepada ramli.ahamid@sprm.gov.my,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, SPRM turut mengesan seorang lelaki tempatan Mohamad Syaza Na'im Mohd Khairudin, 30, yang beralamat terakhir  di A4-G06, Lorong Pauh Indah 3, Taman Pauh Indah, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Adam Khalid di talian 016-6491439 atau e-mel kepada adam.khalid@sprm.gov.my,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan