DUNIA

EURO 2024: SWITZERLAND KEJUTKAN ITALI, MARA KE SUKU AKHIR

30/06/2024 02:04 PM

BERLIN, 30 Jun (Bernama-Xinhua) -- Jaringan Ruben Vargas membantu Switzerland menewaskan juara bertahan Itali 2-0 dalam pusingan 16 Euro 2024 di Stadium Olympia Berlin pada Sabtu.

Switzerland berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-37 apabila Remo Feulner tidak mensia-siakan peluang membolosi gawang pihak lawan melepasi penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma.

Switzerland menggandakan kelebihan sejurus separuh masa kedua bermula apabila Vargas menjaringkan gol ke penjuru atas kanan gawang Itali.

Itali hampir merapatkan jurang apabila Fabian Schar nyaris menjaringkan gol sendiri.

"Kami bernasib baik. Hampir menjaringkan gol sendiri adalah saat yang mengejutkan, tetapi pasukan bermain dengan baik dan kami dapat mempertahankan keputusan ini. Saya harap ini bukan pengakhiran bagi kami dan kami boleh terus mencipta sejarah," kata jurulatih Switzerland, Murat Yakin.

Switzerland akan berdepan sama ada England atau Slovakia dalam suku akhir pada 6 Julai.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan