DUNIA

TRUMP BOLEH TUNTUT KEKEBALAN DARIPADA PENDAKWAAN UNTUK TINDAKAN RASMI- MAHKAMAH AGUNG AS

01/07/2024 11:58 PM

WASHINGTON, 1 Julai (Bernama-Sputnik) -- Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) pada Isnin memutuskan bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, boleh menuntut kekebalan daripada pendakwaan atas tuduhan mensubversikan  pilihan raya yang berkaitan dengan tindakan rasminya sebagai presiden, walaupun dia masih boleh menghadapi pendakwaan untuk tindakan tidak rasmi, lapor Sputnik.

"Di bawah struktur perlembagaan kita yang memisahkan kuasa, sifat kuasa presiden memberikan bekas presiden kekebalan mutlak daripada pendakwaan jenayah untuk tindakan dalam kuasa perlembagaannya yang konklusif dan terbatas. Dan beliau berhak sekurang-kurangnya kepada kekebalan praandaian daripada pendakwaan untuk semua tindakan rasminya. Tiada kekebalan untuk tindakan tidak rasmi," kata Mahkamah Agung dalam satu keputusan.

Mahkamah rendah menolak permohonan Trump untuk membatalkan dakwaan mensubversikan  pilihan raya terhadapnya berdasarkan tuntutan kekebalan presiden dan enggan memutuskan sama ada tindakan yang didakwa melibatkan tindakan rasmi.

Beberapa tuduhan dalam kes terhadap Trump sudah  dikategorikan manakala yang lain menimbulkan "soalan yang lebih sukar", kata keputusan itu.

-- BERNAMA-SPUTNIK                         

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan