DUNIA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH

02/07/2024 08:51 PM

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi niaga hadapan emas COMEX.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2024 susut kepada US$2,336.00 setiap auns troy daripada US$2,339.00 setiap auns troy pada Isnin manakala Ogos 2024 turun kepada US$2,352.00 setiap auns troy daripada US$2,355.00 setiap auns troy sebelumnya. 

Kontrak September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2024 semuanya susut kepada US$2,352.00 setiap auns troy berbanding US$2,355.00 setiap auns troy. 

Jumlah dagangan meningkat kepada 11 lot daripada dua lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka naik kepada 24 kontrak daripada 16 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 1 Julai, Persatuan harga emas fizikal berada pada US$2,329.10 setiap auns troy. 

-- BERNAMA  

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan