EKONOMI

HARGA PETROL DAN DIESEL KEKAL SEHINGGA 10 JULAI

03/07/2024 06:41 PM

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter dari 4 hingga 10 Julai.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan, kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa kadar itu ditetapkan berdasarkan kepada harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,”  menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan