JENAYAH & MAHKAMAH

POLIS TAHAN LELAKI CURI KABEL TELEKOMUNIKASI

05/07/2024 03:10 PM

Beliau berkata suspek yang menyedari kehadiran polis sempat melarikan diri dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda sejauh 120 kilometer sebelum seorang daripadanya ditahan ketika bersembunyi atas pokok.

"Polis terpaksa mengejar suspek dari Kemasik melalui Bandar Chukai, Cheneh, Jabor dan berakhir di Felda Pancing, Kuantan. Kita turut mendapat bantuan dari Unit Kereta Peronda (MPV) Kuantan.

"Seorang suspek yang berasal dari Felda Panching ditahan, namun tiga lagi rakannya berjaya melarikan diri. Gerakan memburu suspek masih giat dijalankan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain itu, polis turut merampas kenderaan pacuan empat roda dan beberapa peralatan yang digunakan untuk aktiviti curi kabel.

Polis turut menemukan dadah jenis Syabu dalam kenderaan itu yang dipercayai untuk kegunaan individu.

Beliau berkata pihaknya akan menyiasat kemungkinan sama ada penahanan berkenaan mempunyai kaitan dengan tangkapan kes sama pada Rabu lepas. 

"Siasatan awal kita terhadap kes Rabu lepas mendapati tiga suspek yang ditahan aktif menjalankan aktiviti mencuri kabel di sekitar Kuantan, Pahang; Terengganu; dan Kota Bharu, Kelantan.

"Oleh itu kita akan menjalankan siasatan lanjut daripada semua aspek termasuk sama ada terdapat penglibatan sindiket dalam kegiatan ini," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan