AM

KERAJAAN SABAH WARTA HARI SABAH PADA 31 OGOS

05/07/2024 06:57 PM

KOTA KINABALU, 5 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong melalui warta itu memaklumkan warta itu dibuat pada 5 Jun dan diterbitkan pada 20 Jun lepas bagi makluman umum bahawa 31 Ogos diisytihar sebagai Hari Sabah.

Warta tersebut diterbitkan atas perintah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

    -- BERNAMA

 

 

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan