DUNIA

PM THAILAND SRETTHA UCAP TAHNIAH KEPADA STARMER ATAS KEMENANGAN PILIHAN RAYA

05/07/2024 10:39 PM

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin mengucapkan tahniah kepada Keir Starmer dan Parti Buruh British atas kemenangan bersejarah mereka dalam Pilihan Raya Umum United Kingdom (UK).

Srettha berkata beliau menanti untuk bekerjasama dengan Starmer dan pasukannya dalam memperkukuh  hubungan diplomatik Thailand-UK.

"Sebagai rakan strategik, saya menantikan kerjasama dengan anda untuk mengukuhkan kerjasama rapat Thailand-UK mengenai keutamaan bersama dan meraikan ulang tahun ke-170 hubungan diplomatik Thailand-UK tahun depan.

"Semoga berjaya dalam memulakan bab baharu yang membawa harapan untuk Britain," katanya dalam akaun rasmi X pada Jumaat.

-- BERNAMA

 

 

 


 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan