AM

LAZADA PERKENAL DASAR PEMULANGAN DAN BAYARAN BALIK BAHARU

09/07/2024 09:50 PM

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Lazada, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara  memperkenalkan dasar pemulangan dan bayaran balik baharu bagi membolehkan pembeli menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih fleksibel dan tanpa bimbang.

Lazada dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerusi dasar baharu itu, pembeli boleh menikmati beberapa faedah utama iaitu pulangan mudah selama 30 hari dari tarikh penghantaran untuk semua pembelian melalui LazMall dan Choice.

"Anda kini mempunyai masa sebulan untuk mempertimbangkan pembelian dan boleh meminta pemulangan dan bayaran balik dengan mudah apabila mengubah fikiran, sama ada untuk pakaian tidak sesuai atau barangan rumah yang tidak sepadan dengan hiasan dalaman kediaman," menurut kenyataan itu.

Dasar Change of Mind pula kini terpakai bagi rangkaian produk dan kategori lebih luas di seluruh platform Lazada, selain itu, pembeli juga menerima faedah iaitu bayaran balik lebih pantas sebaik pesanan berjaya dikembalikan kepada rakan kongsi logistik melalui penghantaran (drop-off) atau pengambilan (pick-up). 

“Dengan proses yang diperkemaskan, Lazada dapat mengurangkan masa menunggu untuk memastikan pelanggan menerima bayaran balik tanpa penangguhan. Dalam sesetengah kes, bayaran balik akan dibuat dengan serta-merta selepas pelanggan memulakan proses pemulangan,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai dasar pemulangan dan bayaran balik baharu Lazada, layari https://www.lazada.com.my/helpcenter/cancellations-returns-and-refunds/.

  -- BERNAMA

 

Penafian: Ini ialah artikel advertorial berbayar. Bernama tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel ini.

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan