AM

GEMPA BUMI KUAT LANDA AFRIKA SELATAN

10/07/2024 02:50 PM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Afrika Selatan pada 12.55 tengah hari tadi. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan gempa dengan kedalaman 14 kilometer (km) itu berlaku di 2,143 km Selatan dari Port Elizabeth, Afrika Selatan. 

Bagaimanapun, penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. 

-- BERNAMA 

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan