AM

AGONG BERKENAN BERANGKAT KE PRA-MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-266

16/07/2024 05:07 PM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara, di sini hari ini.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Mesyuarat Majlis Raja-Raja akan berlangsung selama dua hari bermula esok.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan