AM

PM SAMPAIKAN BANTUAN KEPADA REFORMIS PAK HASHIM

18/07/2024 07:07 PM

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada reformis Hashim Bakar, atau lebih dikenali sebagai Pak Hashim, untuk membantu meringankan beban warga emas itu.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya iaitu Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau dalam sesi Ziarah MADANI di Kepong.

“Pak Hashim kini menghidap kanser prostat sejak tahun lepas di samping menanggung derita akibat penyakit lain.

“Semoga Allah SWT memberi kekuatan dan kesembuhan kepada Pak Hashim, insya-Allah,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan