AM

QSR BRANDS, EDAR 400 PEK MAKANAN RAI PETUGAS BERNAMA

19/07/2024 03:40 PM

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pengendali jenama KFC dan Pizza Hut Malaysia melalui inisiatif ramah mesra media mengedarkan lebih 400 pek makanan kepada petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama di sini.

Ketua Pegawai Komunikasinya Anis Yusof berkata program itu bertujuan menghargai dan mengeratkan hubungan antara rakan media. 

“Kami berasa sangat teruja dan bangga atas sambutan meriah yang diterima...diharap menerusi program seperti ini, ia membolehkan kami mengenali petugas media dengan lebih rapat " katanya.

Sempena program itu, Pizza Hut turut memperkenalkan Durian Cheese Pizza yang menggabungkan keenakan rasa keju dan raja buah kegemaran ramai itu.

-- BERNAMA 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan