AM

APLIKASI, PORTAL SESB ALAMI GANGGUAN SISTEM

19/07/2024 05:25 PM

KOTA KINABALU, 19 Julai (Bernama) -- Aplikasi dan web portal mySESB milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami gangguan sistem hari ini.

SESB dalam kenyataan di laman Facebook rasminya memaklumkan ia disebabkan oleh gangguan global Microsoft Azure yang dialami kini.

“Sebarang kesulitan amat dikesali,” menurut SESB.

Semakan ke atas aplikasi dan web portal mySESB mendapati kedua-dua platform itu tidak dapat dicapai.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan