AM

HABIB LANCAR KOLEKSI EDISI TERHAD SYILING WAFER EMAS 999.9 BERSEMPENA OLIMPIK PARIS 2024

25/07/2024 10:24 PM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Peminat sukan tanah air boleh mendapatkan koleksi syiling wafer  emas 999.9 edisi terhad yang dilancarkan syarikat jenama barangan kemas terkenal, HABIB mulai hari ini bersempena Sukan Olimpik  Paris 2024.

Pengurus Besar Kanan HABIB Mohd Zaruddin Mahmud berkata syiling wafer emas seberat 0.2 gram itu dijual pada harga RM138 seunit didatangkan dengan empat rekaan berbeza berinsipirasikan empat sukan kegemaran rakyat Malaysia iaitu berbasikal, terjun, gimnastik serta badminton. 

Katanya pelancaran syiling khas tersebut bertujuan menunjukkan sokongan padu terhadap kontinjen negara ke acara sukan berprestij berkenaan serta menghidupkan semangat perpaduan, kebanggaan dan kesukanan dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Corak syiling ini lebih kepada acara sukan yang digemari oleh masyarakat negara dan setiap satu corak mempunyai warna abstrak sebagai ekspresi tenaga, semangat dan kegembiraan," katanya ketika ditemui Bernama pada Pameran Barangan Kemas HABIB di The Curve, Damansara, di sini hari ini.

Beliau berkata penggemar barangan edisi terhad atau peminat tegar sukan tanah air perlu mendapatkan syiling wafer emas itu yang terhad kepada 5,000 unit sahaja dan boleh dibeli di semua bilik pameran HABIB serta platform e-dagang.

Katanya pelanggan juga boleh mendapatkan koleksi itu dengan harga RM552 untuk set empat keping.

Mohd Zaruddin berkata selain memupuk masyarakat untuk membeli emas sebagai simpanan atau pelaburan, konsep syiling wafer emas juga adalah sebagai koleksi bagi memperingati sebarang peristiwa bersejarah.

“Dulu mungkin orang bagi hadiah seperti duit raya tetapi sekarang ini kita buat syiling wafer untuk pupuk minat orang ramai kepada barang kemas walaupun jumlah kecil tapi dalam beberapa tahun mereka akan lihat harga naik,” katanya.

Mohd Zaruddin berkata HABIB juga menawarkan potongan harga sebanyak RM40 bagi setiap gram emas 916 terpilih sepanjang pameran barangan kemas yang berlangsung di ruang legar pusat beli-belah berkenaan sehingga 4 Ogos depan.

"Apabila harga emas meningkat, persatuan seperti Persatuan Emas Malaysia akan memberikan cadangan harga emas runcit. Bagi HABIB, biasanya kami akan menawarkan potongan harga emas untuk pelanggan, seperti potongan RM40 segram untuk barangan kemas 916 terpilih sebagai keistimewaan,” katanya.

Katanya  pameran di The Curve Damansara itu juga menawarkan lebih banyak rekaan menarik yang boleh dinikmati pelanggan termasuk rekaan unik barangan kemas  Oro Italia 916 yang hanya boleh didapati di HABIB.

“Keistimewaan Oro Italia 916 adalah ia merupakan buatan tangan oleh artisan terbaik dari Itali yang mana kita tahu ketukangan di sana mempunyai teknologi yang kita tak ada kerana negara mereka terkenal dengan artistik dan fesyen,” katanya.

-- BERNAMA

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel ini.

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan