DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI RENDAH DALAM DAGANGAN AWAL

26/07/2024 10:32 AM

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pagi ini.

Pada 9.33 pagi, bulan semasa Julai 2024 merosot 7.5 mata kepada 1,623.5, Ogos 2024 susut 6.5 mata kepada 1,627.5 serta September 2024 dan Disember 2024, masing-masing berkurangan 8.0 mata kepada 1,611.5 dan 1,618.5.

Jumlah dagangan sebanyak 10,546 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 58,180 kontrak.

FBM KLCI merosot 3.21 mata kepada 1,611.97 selepas 53 minit dagangan.

-- BERNAMA  

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan