AM

MANDARIN ORIENTAL TAWARKAN KEMEWAHAN KUIH BULAN DARI RESTORAN LAI PO HEEN

26/07/2024 07:30 PM

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Menjelang perayaan Pertengahan Musim Luruh, Mandarin Oriental di sini berbangga untuk mempersembahkan pelbagai pilihan kemewahan kuih bulan dari restoran Lai Po Heen yang memenangi anugerah, boleh dibeli sehingga 27 Sept depan.

Dalam satu kenyataan hari ini, hotel itu memaklumkan motif reka bentuk tahun ini diambil daripada kisah Cina purba yang mengisahkan kehidupan Arnab Jade, yang telah mengorbankan dirinya dengan menyamar sebagai seorang pengemis kelaparan untuk Maharaja Jade.

"Pengorbanan tersebut menyentuh hati Maharaja Jade, yang kemudian mengangkat arnab yang rendah diri itu ke bulan, dan tinggal di sana sebagai Arnab Jade.

"Rekaan kotak itu menggambarkan kisah pengorbanan dan sifat tidak mementingkan diri sang arnab, serta berfungsi sebagai peringatan abadi tentang nilai-nilai tersebut ketika merayakan festival itu,” menurut kenyataan itu.

Kuih bulan tradisional hotel yang disahkan halal juga ditawarkan dalam pelbagai perisa seperti Kacang Campur, Pes Kacang Merah, Pes Lotus dengan sebiji Kuning Telur, Pes Pandan dengan sebiji Kuning Telur, Labu dengan Biji Tembikai, dan Pes Lotus Putih Gula Rendah.

Mandarin Oriental juga menawarkan kuih bulan kulit salji dan berperisa coklat dengan pelbagai perisa yang mewah.

Kuih bulan kulit salji akan menampilkan perisa seperti Musang King, Krim Keju Pistachio dan Pes Lotus Putih, Kacang Campur, serta Pes Lotus Pandan.

Selain itu, tetamu boleh menikmati tiga jenis kuih bulan berperisa coklat, iaitu Ganache Yuzu dan Praline Hazelnut, Ganache Kelapa Pandan, Streusel dan Kelapa Panggang, serta Ganache Coklat Gelap Hazelnut dan Praline Rangup.

Kuih bulan boleh dibeli secara dalam talian atau di The Mandarin Cake Shop yang terletak di lobi hotel, dengan harga bermula dari RM45 setiap satu.

Manisan ini juga dijual dalam set tiga atau enam, dengan masing-masing berharga RM120 dan RM238. Nikmati diskaun Pembeli awal sebanyak 15 peratus untuk pembelian antara 15 Julai hingga 15 Ogos.

Untuk maklumat lanjut, atau membuat pesanan, sila hubungi mokul-mooncake@mohg.com atau telefon +603 2330 8797.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan