DUNIA

JURULATIH TINJU SAMOA MENINGGAL DUNIA SEMASA OLIMPIK PARIS 2024

28/07/2024 01:05 AM

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Jurulatih tinju Samoa, Lionel Elika Fatupaito menghembuskan nafar terakhirnya semasa Sukan Olimpik Paris 2024, kata Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) pada Sabtu.

“Kami di IBA mengucapkan takziah  kepada keluarga, rakan-rakan, dan rakan sekerja Lionel Elika Fatupaito, Jurulatih Tinju Kebangsaan Samoa, yang meninggal dunia semasa Paris 2024,” kata IBA dalam satu kenyataan.

Ia berkata dedikasi dan semangat jurulatih berusia 60 tahun itu kepada sukan tinju, meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan oleh masyarakat.

“Legasinya akan terus menginspirasi generasi masa depan. Ingatan dan doa kami bersama Kontinjen Samoa dan mereka yang terkesan oleh kehilangan itu, “ katanya.

Menurut penyiar Amerika Syarikat  NBC, Fatupaito mengalami serangan jantung tetapi maklumat itu tidak disahkan oleh IBA, lapor agensi berita Jerman (dpa).

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan