DUNIA

TUAN RUMAH PERANCIS RAIH EMAS PERTAMA OLIMPIK MENERUSI RAGBI 7 SEBELAH

28/07/2024 08:33 AM

BERLIN, 28 Julai (Bernama-dpa) -- Tuan rumah Perancis meraih emas pertama mereka pada Sukan Olimpik Paris selepas menang 28-7 dalam final ragbi tujuh sebelah menentang Fiji.

Perancis pada awalnya ketinggalan dan perlawanan terikat 7-7 pada separuh masa pertama sebelum Antonie Dupont masuk dan menjaringkan dua try untuk membantu tuan rumah Olimpik melengkapkan kebangkitan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Terdahulu, Afrika Selatan memenangi pingat gangsa selepas menewaskan Australia 26-19.

Ini adalah pingat ketiga Perancis pada temasya Olimpik kali ini selepas Luka Mkheidze memenangi perak dalam acara judo lelaki 60 kilogram dan Shirine Boukli meraih gangsa dalam acara judo wanita 48 kg.

-- BERNAMA-dpa

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan