DUNIA

OLIMPIK PARIS: PASUKAN JUDO DAN RENANG UAE TAMATKAN KEMPEN 2024

29/07/2024 08:47 AM

PARIS, 29 Julai (Bernama-Anadolu) -- Khorloodoi Bishrelt, ahli pasukan judo kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menamatkan perjalanannya di Sukan Olimpik 2024 di Paris selepas tersingkir pada pusingan 16, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Bishrelt menghadapi perlawanan sengit menentang atlet Jerman Mascha Ballhaus, pemenang pingat gangsa di Kejohanan Dunia Abu Dhabi 2024.

Walaupun meraih kemenangan mengagumkan di pusingan 32 menentang Zhu Ba Laibon dari China, Bishrelt gagal untuk mara lebih jauh.

Sementara itu, Narmand Bayan yang turut mewakili pasukan judo kebangsaan UAE menamatkan kempen Olimpiknya di pusingan 32, beliau tewas kepada An Paul dari Korea Selatan dalam kategori bawah 66 kilogram.

Dalam acara renang, Maha Al Shehhi dari UAE membuat penampilan sulungnya di Olimpik dalam acara 200 meter gaya bebas, menduduki tempat ke-28 dengan masa 2:17.17 minit.

Al Shehhi berpuas hati dengan prestasinya dan pengalaman pertamanya di Olimpik, bersaing dengan beberapa perenang terbaik dunia dan pemegang rekod Olimpik.

-- BERNAMA-WAM

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan