AM

PM ANWAR RAFAK SEMBAH, ZAHIR UCAPAN TAHNIAH SEMPENA KEPUTERAAN SULTAN PAHANG

30/07/2024 04:32 PM

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) --  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-65 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi catatan di laman Facebook hari ini, Perdana Menteri mendoakan baginda serta seluruh kerabat Diraja Pahang agar sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta terus dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan penuh kedaulatan.

“Daulat Tuanku,” katanya.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan