DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI RENDAH KETIKA AWAL DAGANGAN

01/08/2024 11:01 AM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives didagangkan rendah semasa awal dagangan pada Khamis.

Pada 9.55 pagi, Ogos 2024 dan Disember 2024 masing-masing turun 2.0 mata kepada 1,627.0 dan 1,617.0.

September 2024 kurang 1.5 mata kepada 1,610.0, manakala Mac 2025 susut 11.0 mata kepada 1,608.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,091 lot manakala kepentingan terbuka pada 46,923 kontrak.

Pada 10.01 pagi, FBM KLCI susut 3.66 mata kepada 1,621.91 daripada 1,625.57 ketika ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan